Cara Mengatasi Masalah Obesiti

Cara Mengatasi Masalah Obesiti

Pada zaman pascakemerdekaan ini, obesiti bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan masyarakat di malaysia. Dalam senario rakyat,obesiti meningkat dari tahun lebih -lebih lagi dalam kalangan kanak -kanak.Obesiti berlaku akibat daripada pengumpulan lemak di bahagian tubuh badan sehingga menyebabkan pertambahan berat badan yang tidak normal untuk sesuatu peringkat umur, jantina, dan ketinggian. Oleh itu, apakah cara mengatasi masalah obesiti?

Bunga cendana, sungai teratai, idea perdana yang membuka tirai ialah makan makanan yang bersesuaian. Mengapakah dikatakan demikian? Hal ini dikatakan demikian kerana pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Hal ini demikian kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Oleh itu, dengan melakukan aktiviti seperti ini kita juga dapat membantu oto-otot kita menjadi kuat.

Dari Tanjung Pelepas ke Tasik Bera, isi dikupas menyambung bicara ialah ibu bapa juga perlu menitikberatkan tentang rakan anak-anak mereka. Sebagai contohnya, jika di sekolah, anak -anak berada di luar pengaruh dan kawalan ibu bapa. Oleh itu, anak- anak lebih cenderung membeli makanan yang melebihi had disebabkan pengaruh rakan sebaya. Oleh yang demikian,ibu bapa perlulah sentiasa mengawasi pemakanan anak-anak dengan memberi anak-anak membawa bekal ke sekolah. Dengan ini ibu bapa boleh memantau aktiviti pemakanan anak-anak.

Buah naga dari Sangkai, isi ketiga yang dirungkai ialah mengadakan ceramah kesihatan di sekolah dalam mengatasi masala obesiti. Mengapakah dikatakan demikian? Hal ini dikatakan demikian kerana ceramah kesihatan ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi bimbingan tentang cara mengatasi masalah obesiti. Hal ini kerana melalui ceramah kesihatan ini anak-anak didedahkan dengan keburukan mengambil makanan yang tidak berkhasiat yang menyebabkan masalah obesiti. Bukan sahaja ibu bapa, pihak sekolah juga bertanggungjawab dalam memastikan hal ini tidak berlanjutan pada masa akan datang.

Seterusnya, cara mengatasi masala obesiti adalah dari segi peranan guru yang menjadi tunjang untuk mencegah masalah obesiti. Amsalnya guru merupakan pengganti ibu bapa sewaktu ketiadaan mereka untuk mengurus anak-anak. Dalam hal ini,guru harus mendidik murid -murid dengan betul untuk kesejahteraan negara pada masa akan datang. Tuntasya, cara mengatasi masala obesiti adalah dari segi peranan guru.

Akhir sekali, kerajaan harus menubuhkan sebuah kempen hari sukan negara untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan rakyat.Hal ini dikatakan demikian kerana di dalam kempen ini, kerajaan perlu menaja barangan sukan seperti kasut sukan, baju sukan dan seluar sukan secara percuma. Hal ini akan membuatkan rakyat lebih gemar bersukan. Tamsilnya, kempen ini akan memberi impak positif kepada individu, masyarakat mahupun negara.

Konkusinya, ibu bapa perlulah mengambil berat status kesihatan anak-anak salad mengatasi masala obesiti. Kita perlu mencegah penyakit yang bakal timbul akibat keobesan yang melampau dengan menerapkan gaya hidup sihat dalam diri anak-anak. Semakin ramai yang bersukan, semakin sihat tubuh badan. Justeru negara malaysia akan menjadi sebuah negara yang sihat dan terhindar daripada segala penyakit yang berbahaya.

.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s